Daftar masuk






Hilang Kata Laluan?
Belum Memiliki Akaun? Daftar
Advertisement
Laman Utama arrow Profail Alumni
Maklumat ALUMNI

Profail Alumni

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Ex-Semesdians) telah di tubuhkan pada 14 Jun 2005. Di daftarkan di Pejabat Pendaftar Persatuan Kuala Terengganu. 

Di tubuhkan hasil daripada perbincangan yang telah diadakam di Dewan Besar SMSD pada 1 Mei 2005 dengan dihadiri oleh 70 bekas pelajar SMSD.

Nama Persatuan: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Ex-Semesdians)
  
Alamat Berdaftar

: Sekretariat Ex-Semesdians
d/a Sekolah Menengah Sains Dungun
23000 Dungun
Terengganu

Objektif Penubuhan:
  1. Merapat dan mengeratkan lagi perhubungan silaturahim antara bekas-bekas pelajar SMSD yang menjadi ahli persatuan ini.
  2. Mempertingkatkan lagi perhubungan dengan pihak pengurusan SMSD, di samping membantu memprojek imej sekolah dalam apa jua aktiviti yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
  3. Memberikan bantuan dalam bentukdermasiswa, buku teks dan lain-lain bantuan persekolahan yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
  4. Berusaha untuk memperbaiki dan menghindarkan diri ahli-ahli dari gejala yangtidak sihat serta mempertingkatkan lagi taraf sosial dengan cara mellibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Sebarang kutipan derma hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.
  5. Mencari sumber kewangan untuk menambahkan kewangan Persatuan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan mendapatkan sumbangan atau derma dari pihak-pihak lain.
  6. Membantu ahli-ahli untuk mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam semua bidang yang secara tidak langsung boleh mempertingkatkan kualiti diri ahli.
  7. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil daripada penyertaan dalam mana-mana aktiviti akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tugas Persatuan ini. Tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan, Sungguhpun begitu, peruntukan itu tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-dua kepada sebarang ahli atau pekerjaan Persatuan ini.