Daftar masuk






Hilang Kata Laluan?
Belum Memiliki Akaun? Daftar
Advertisement
Laman Utama arrow Nukilan arrow Nukilan Am arrow Spiderman Menulis....
Spiderman Menulis....
Wednesday, 21 May 2008

Assalamualaikum pada semua pengunjung.

Maafkan kami kerana lama tidak menulis. Bukan apa, masa yang amat terbatas menjadi penghalang.  

Hujung minggu lalu saya berkesempatan meninjau majlis konvokesyen sebuah universiti yang terletak di Gombak. Majlis tersebut pada saya adalah sederhana tapi meriah. Tambah meriah kepada para graduan yang meraikan kejayaan memperolehi segulung ijazah setelah bertahun bergelumang dengan buku dan nota.

Saya sempat memerhati keadaan sekeliling dan apa yang menarik perhatian adalah soal gambar konvokesyen. Sudah menjadi lumrah, gambar konvo merupakan suatu kemestian bagi para graduan bagi merakamkan saat bersejarah tersebut. Yang membuatkan saya terkilan adalah syarikat yang diberi hak untuk memperdagangkan gambar konvo di sebuah universiti yang memakai nama Islam adalah syarikat bukan Islam!!

Apa sudah jadi sebenarnya? Tidak adakah peniaga-peniaga muslim yang dapat mengendalikan urusan yang pada saya amat mudah dan menguntungkan ini? Masakan tidak menguntungkan sekiranya jualan gambar-gambar tersebut adalah dalam bentuk pakej yang terpaksa dibayar oleh para graduan. Saya merasa kecewa yang amat sangat bila mengenangkan kembali perkara ini.

Dimanakah perginya peniaga-peniaga bumiputra muslim? Adakah mereka tidak diberi peluang atau tidak mampu untuk menawarkan pakej yang dapat menandingi apa yang ditawarkan oleh peniaga bukan muslim tadi? Soalnya, apakah keputusan perniagaan mengatasi kepentingan ummah sehingga sebuah universiti yang dikenali dengan nama Islamnya tidak mampu untuk membantu sesama ummah.

Fikir-fikirkan lah !!!!

Jumpa lagi...

 

 
< Prev   Next >